
Tahniah kepada Pak Rashad, seorang *'elmer' dan *'oscar tango (OT)' yang telah mendapat tiket baru iaitu 9M2VOT 'Voice Of Terengganu', ex-callsign 9W2VEB.
Alhamdulillah malam tadi beliau telah 'on-air' buat kali kedua di HF (40 metres) dan kali pertama 'check-in' di Malaysian 40 metres net di 7.130 MHz dimana 9M2AU sebagai 'net-controller- yang bertugas. Semoga dengan tiket baru ini, Pak Rashad dapat mengembangkan lagi kemahiran beliau dan apa yang diidam-idamkan untuk 'on-air' di HF selama ini telah tercapai. Semoga pada masa akan datang, akan lebih ramai lagi 9M di Terengganu amnya dan di Pemancar khususnya.
*Nota :
elmer : a mentor; an experienced operator who tutors newer operators,
oscar tango (OT) : old timer - been around ham radio for a long time.
No comments:
Post a Comment